Anda boleh mendapatkan dan berkongsi maklumat berkaitan bahan-bahan bahasa melayu, kemahiran hidup dan pendidikan seni visual.
Monday, 3 December 2012
Sajak Sahabat
BUAT TEMAN
Siulan angin seirama rentak bayu,
Hembusan rindu berbaur kenangan lalu,
Di sinilah aku menanti,
Menunggu kehadiranmu yang belum pasti,
Teman…
Aku insan terpinggir Cuma,
Melayari lautan berapi,
Mengharungi onak dan duri,
Termaktub kata-kata,
Berbirai duka berhamparan permata,
Layakkah aku?
Menagih kasihmu yang padu,
Menagih cintamu yang satu,
Kini mengertilah aku wahai teman,
Hatimu sudah tiada tempat untukku lagi,
Akanku melangkah pergi jua,
Meninggalkan memori untaian kasih kita,
Maafkanlah aku teman,
Walau kutahu dihatimu itu,
Tersimpan hati yang terluka,
Dan tersimpan dendam yang membara.
Subscribe to:
Posts (Atom)