FAEDAH BERSUKAN ( KARANGAN TAHUN 3)
Bersukan amat penting untuk semua orang. Dengan bersukan kita boleh menyihatkan tubuh badan. Kita semua perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Apabila kita bersukan kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan. Perbuatan ini boleh menepati peribahasa “˜badan cergas otak cerdasâ”
Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan.
Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.
Anda boleh mendapatkan dan berkongsi maklumat berkaitan bahan-bahan bahasa melayu, kemahiran hidup dan pendidikan seni visual.
Wednesday, 28 September 2011
Friday, 23 September 2011
Penjodoh Bilangan
Nota Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:
Baris: Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
Batang: Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
Biji :Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
Cucuk: Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
Das: Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
Ekor: Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
Gugus: Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
Ikat: Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
Jambak: Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
Keping: Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
Ketul: Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
Laras: Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
Lembar: Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
Pasang: Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
Sikat: Untuk pisang
Ulas: Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
Utas: Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
LATIHAN
Tulis penjodoh bilangan yang sesuai..
1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.
2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.
3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.
4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.
5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.
6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.
7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.
8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.
9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.
10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan.
11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.
12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.
13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.
14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.
15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul.

Wednesday, 21 September 2011
Peribahasa
Maksud Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan

BAHASA MELAYU
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOK MINDA ILMU. ANDA BOLEH BERKONGSI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Subscribe to:
Posts (Atom)